.

Perihal Hati

SETIAP orang ingin mendapat pujian apabila melakukan sesuatu perbuatan. Sudah pasti kita akan berasa gembira apabila sesuatu yang dilakukan dapat mengagumkan orang lain.Tetapi kita haruslah berhati-hati kerana jika tidak dikawal penyakit hati seperti takbur dan ujub akan menakluk diri kita.

Islam ada cara untuk mengubatinya seperti apa yang pernah dikatakan oleh Imam Al-Ghazali iaitu:
  1. Apabila bersua dengan KANAK-KANAK,anggaplah dia lebih bersih dan mulia daripada kita kerana belum mempunyai dosa berbanding diri kita.
  2. Apabila bersua dengan ORANG TUA,anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia lebih lama beribadah kepada Allah.
  3. Apabila bersua dengan ORANG ALIM,anggaplah beliau lebih mulia daripada kita kerana mempunyai banyak ilmu yang beliau ketahui tetapi kita belum mengetahuinya.
  4. Apabila bersua dengan ORANG JAHIL,anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia melakukan dosa disebabkan kejahilannya,sedangkan kita melakukan dosa tetapi mempunyai ilmu.
  5. Apabila bersua dengan ORANG KAFIR,katakan dalam hati bahawa suatu hari mungkin dia akan insaf dan memeluk agama Islam.Maka semua dosa yang telah dilakukan sebelum beragama Islam akan diampunkan oleh Allah S.W.T.Sedangkan kita yang telah Islam sejak lahir terus-menerus melakukan dosa.
Sememangnya riya' dan takbur itu adalah perasaan yang buruk. Ingatlah bahawa ikhlas merupakan syarat utama supaya amalan diterima oleh Allah.


Sumbangan daripada saudari Nuramalina Daod (layyinurharrir@rocketmail.com)

0 Komen: